SM Sinar Enterprise menjalankan kerja-kerja seperti mencuci bangunan, membersih kawasan, seni taman(lanskap), rawatan dan kawalan serangga perosak khidmat kontraktor seperti kerja-kerja pengecatan dan pembaikan bangunan dan pembinaan jalan.


Dilarang ciplak!

Friday, December 10, 2010

Kawalan


KAEDAH RAWATAN/KAWALAN(PEST CONTROL)

KAWALAN / PEMBASMIAN KELAWAR BAGI KESELURUHAN BANGUNAN DAN RUMAH

  1. Keseluruhan lubang yang boleh dimasuki kelawar akan ditutup dengan menggunakan dawai geriji ( B.R.C.).
  2. Najis kelawar yang berada di dalam siling yang boleh dimasuki akan dikeluarkan dengan menggunakan penyapu debu atau vacuum cleaner. 
  3. Semburan racun kelawar akan dijalankan setelah lubang-lubang siap ditutup sepenuhnya. 



KAWALAN / PEMBASMIAN TIKUS BAGI  KESELURUHAN BANGUNAN DAN RUMAH

  1. Setiap lubang  / sarang tikus serta laluannya akan dipastikan dahulu.   
  2. Racun akan diletakkan di tempat yang berkemungkinan dilalui oleh tikus dan di  setiap lubang / sarang yang telah dipastikan.

KAWALAN MUSANG

Bagi kerja-kerja pengawalan musang, syarikat akan menyediakan  perangkap  musang kepada pelanggan.
     

RAWATAN / PEMBASMIAN ANAI-ANAI BAGI KESELURUHAN BANGUNAN DAN RUMAH



Kaedah rawatan / kawalan ada 2 cara iaitu:

a) Under Slab Injection 
  1. Lubang akan ditebuk di bahagian tepi dinding luar dan dalam bangunan serta bilik dengan menggunakan hammer drill dalam jarak 2’ – 3’ selubang. Garis pusat lubang 15mm – 20mm dan kedalaman melebihi ketebalan lantai.
  2. Racun dimasukkan dengan menggunakan Injector ke dalam lubang yang telah ditebuk.
  3. Selepas racun dimasukkan, lubang akan ditampal kembali dengan menggunakan simen yang sama atau hampir sama seperti warna asal lantai.      

b) Chemical Spray
  1. Semburan akan dilakukan di dalam siling yang boleh dimasuki ataupun di bawah lantai bangunan / rumah berkayu dengan menggunakan Power Spray.
  2. Frame pintu tepi bangunan dan lain-lain disembur menggunakan Hand Spray. 
  3. Bangunan Dalam Pembinaan; Semburan peringkat pertama  akan dilakukan di bawah / atas footing. (dilampirkan Gambarajah I ).

b. Semburan peringkat kedua akan dilakukan di bawah Ground Floor  dan kaki lima (Apron) iaitu semburan di atas batu Hardcore yang akan dikonkrit. (dilampirkan Gambarajah II).  



Racun yang digunakan ialah; 
      i-Termifos. Ratio 1:100 (1 liter Racun : 100 liter air)
     ii- Lentrek. Ratio 1:50 (1 liter Racun : 50 liter air)

 
Cheap Web Hosting | Top Web Hosts | Great HTML Templates from easytemplates.com.